Tumpuan :
Luar Negara

Gencatan Senjata Di Gaza Bermula Jam 8 Malam Ini

PALESTIN: Gencatan senjata di Gaza bakal dikuatkuasakan bermula jam 8 malam waktu tempatan hari ini.

Perkara itu diumumkan oleh ahli Pergerakan Jihad Islam dan wakil kerajaan Mesir yang terlibat dalam proses rundangan dengan pihak Israel.

Dalam pada itu, angka korban serangan rejim Zionis di semenanjung Gaza meningkat kepada 32 orang dengan lebih 260 lagi cedera.

FOTO : AFP

Menurut sumber kerajaan Palestin, serangan sejak tiga hari lalu telah memusnahkan 9 bangunan dan merosakan kira-kira 1,500 kediaman .

Antara sasaran terbaharu termasuk, kem pelarian di Jabalia yang mengorbankan nyawa enam kanak-kanak dan mencederakan 15 yang lain.

Lokasi lain termasuk serangan di Rafah yang meragut dua nyawa dan mencederakan 43 orang.

FOTO : AFP

Mangsa yang terbunuh termasuk seorang komander tertinggi Jihad Islam Palestin, Khaled Mansour

Hari yang sama turut menyaksikan penahanan 21 penduduk Palestin dalam operasi besar-besaran rejim Zionis di Tebing Barat

Terbaharu Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan, operasi hospital di Gaza mungkin terpaksa dihentikan selepas 48 jam, susulan kekurangan bekalan elektrik ekoran penutupan satu-satunya loji janakuasa di Gaza

Pihak berkuasa Palestin pada masa sama turut menggesa masyarakat antarabangsa mendesak Israel agar menghentikan serangan ke atas Gaza.

Loading...
Terkini