Tumpuan :
Luar Negara

[VIDEO] GEMPA TURKIYE: Lebih 60 orang terbunuh dan 200 lagi cedera di Syria

 

SYRIA: Gegaran kuat gempa bumi 7.8 skala richter yang turut dirasai di utara Syria mengakibatkan sekurang-kurangnya lebih 60 orang terbunuh dan 200 yang lain cedera

Lapor media antarbangsa, kematian dicatatkan di Aleppo dengan beberapa insiden runtuhan bangunan.

FOTO: AFP

Operasi menyelamat masih diteruskan setakat ini dengan angka korban dijangka akan terus meningkat

Manakala di Damsyik pula, penduduk yang panik dan ketakutan bergegas keluar meninggalkan kediaman masing-masing.

Namun tiada jumlah kematian dicatakan di Damsyik setakat ini.  – AFP

FOTO: AFP
Loading...
Terkini