Tumpuan :
Luar Negara

Gempa Bumi Sulawesi Barat Ragut 34 Nyawa Setakat Ini 

Anggota penyelamat sedang mencari mangsa runtuhan Hospital Mitra Manakarra di bandar Mamuju. – Foto AFP

“Gempa bumi sangat kuat memaksa saya bangun lari bersama isteri”

Itu pengalaman yang diceritakan seorang penduduk yang terselamat dalam kejadian gempa bumi di Pulau Sulawesi jam 2.18 pagi tadi (waktu tempatan) 

Setakat ini 34 orang dilaporkan maut dalam kejadian gempa bumi berukuran 6.2 skala richter itu. 

Anggota penyelamat giat mencari mangsa runtuhan hospital Mitra Manakarra di bandar Mamuju akibat gempa bumi. – Foto AFP

Ratusan mangsa dilaporkan cedera, sekali gus mencetuskan panik dan ketakutan dalam kalangan penduduk di pulau berkenaan.

Gempa bumi itu turut meranapkan hospital dan merosakkan bangunan di kawasan berkenaan. 

Anggota penyelamat giat mencari mangsa. – Foto AFP

Ketua Agensi Mitigasi Bencana, Ali Rahman, berkata, 26 mangsa membabitkan korban di bandar Mamuju.

“Angka korban dijangka akan meningkat tetapi kita berharap ia tidak berlaku. Banyak mangsa yang mati tertimbus di bawah runtuhan bangunan,” katanya.

Sementara itu, Agensi Bencana Kebangsaan berkata, sekurang-kurangnya lapan mangsa terkorban di selatan Mamuju di wilayah Sulawesi Barat.

“Sebuah hotel juga runtuh manakala pejabat gabenor wilayah turut mengalami kerosakan teruk” katanya

Anggota penyelamat giat mencari mangsa runtuhan. – Foto AFP

Anggota pasukan mencari dan menyelamat kini sedang berusaha mengesan puluhan pesakit dan kakitangan hospital yang terperangkap di bawah runtuhan hospital.

Sebelum ini Pulau Sulawesi pernah dilanda gempa bumi dan tsunami pada September 2018, mengakibatkan ribuan nyawa terkorban.

Loading...
Terkini