Tumpuan :
Luar Negara

Gempa Bumi Sederhana Gegar Utara-Tengah Nepal

Gambar diambil dari laman sesawang Google Earth

Sekurang-kurangya tiga cedera dalam kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter dilaporkan di daerah Lamjung dekat Utara-Tengah Nepal, jam 5.42 pagi waktu tempatan, hari ini.

Menurut pusat gempa kebangsaan, gegaran dengan pusat gempa di Bhulbhule, Marsyang, turut dirasakan di beberapa kawasan termasuk di Kathmandu.

Ketua pegawai daerah Lamjung, Hom Prasad Luintel, berkata penduduk panik ekoran gegaran yang kuat

“Tiga orang cedera selepas rumah mereka roboh dan kini sedang menerima rawatan,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Loading...
Terkini