INDONESIA : Sekurang-kurangnya seorang maut, 9 lagi cedera dalam gempa bumi kuat 6.4 skala richter yang melanda Yogyakarta.
Menurut laman web Badan Bencana Indonesia BNPB, lebih 100 kediaman penduduk rosak selain sekolah, pejabat kerajaan dan rumah ibadat
Penelitian jumlah keseluruhan kerosakan bagaimanapun masih dilakukan kakitangan BNPB
Pada masa sama, kakitangan BNPB juga berusaha menyediakan keperluan lain seperti makanan dan minuman
Gempa dikesan kira-kira 12 kilometer sebelah barat daya Bantul, Yogyakarta pada kedalaman 25 kilometer malam semalam
Gegaran turut dirasai di wilayah lain termasuk Jatim dan Jateng – BNPB