![](https://media.buletintv3.my/2023/07/gempa-bumi.jpg)
INDONESIA: Kediaman penduduk rosak susulan gempa bumi 6.4 skala richter yang melanda Pulau Jawa
Gegaran dikesan kira-kira 12 kilometer di kawasan perairan di sebelah barat daya Bantul, Yogyakarta pada kedalaman 25 kilometer,
Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika, BMKG Indonesia, gempa terbabit tidak berisiko menghasilkan tsunami.
Dalam pada itu, penduduk yang sempat merakam suasana di kediaman masing-masing ketika gempa berlaku turut memuat visual naik ke laman sosial
Tiada sebarang kematian atau kecederaaan dilaporkan setakat ini
Indonesia sering dilanda gempa bumi berikutan kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik – REUTERS