Tumpuan :
Luar Negara

Gelombang demonstrasi politik Peru terus ragut nyawa

FOTO: REUTERS

LIMA: Gelombang rusuhan yang melanda Peru sehingga kini meragut 28 nyawa sejak ia tercetus minggu lalu.

Menurut Pejabat Ombudsman, seramai 22 orang awam maut dalam pertempuran, dan enam lagi akibat nahas jalan raya berkaitan dengan langkah sekatan susulan rusuhan itu.

Selain itu, demonstrasi yang bertukar ganas juga mengakibatkan 661 orang termasuk 371 orang awam dan 290 pegawai polis cedera.

Bantahan terhadap kerajaan sementara mula tercetus di seluruh Peru berikutan pemecatan dan penyingkiran bekas presiden Pedro Castillo pada 7 Disember.

Perdana Menteri, Dina Boluarte mengangkat sumpah sebagai presiden baharu dua jam selepas Castillo disingkirkan.

Boluarte kemudian mencadangkan pilihan raya presiden diadakan pada 2024 namun tidak menolak kemungkinan pemilihan akan diadakan lebih awal iaitu pada Disember 2023.

Loading...
Terkini