comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Emosi, Trump mengamuk di mahkamah

FOTO Reuters

Donald Trump tidak lagi mampu membendung kemarahannya apabila ia diluah dihadapan hakim dan Peguam Negara pada hari pertama perbicaraan kes sivilnya.

Tindakan itu sekali gus memburukkan keadaan dan reputasinya apabila bekas Presiden Amerika Syarikat itu dihalang daripada menjalankan perniagaan di New York.

Trump, 77 tahun, menghadapi beberapa tindakan undang-undang pada masa sama mengutuk pendakwaan kes penipuan perniagaan ke atasnya.

Dia juga menyifatkan kes itu sengaja diheret ke muka pengadilan serta bertujuan merosakkan usahanya merebut semula jawatan nombor satu di White House tahun depan.

FOTO Reuters

Dalam pada itu, Hakim New York, Arthur Engoron mendapati Trump dan anak-anaknya Eric dan Don Jr bertanggungjawab atas penipuan menyediakan penyata kewangan palsu sejak bertahun lamanya.

Minggu lalu juga, hakim mengeluarkan perintah untuk ringkasan keputusan Peguam Negara Letitia James, yang mendapati Trump dan semua yang terlibat bertanggungjawab atas pelanggaran berterusan di New York.

Justeru, James menetapkan 250 juta dolar amerika sebagai penalti dan penyingkiran Trump dan anak-anaknya daripada pengurusan empayar keluarga.

Ini kes pertama selain beberapa pendakwaan lain dihadapi Trump.

Pada 4 Mac 2024, trump akan berdepan perbicaraan atas tuduhan cuba menggulingkan keputusan Pilihan Raya Presiden 2020 yang dimenangi Joe Biden.

Loading...
Terkini