comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Dunia ‘secara rasmi masuki era migrasi iklim’ — IOM gesa penyelesaian segera

Foto hiasan

ISTANBUL: Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) menggesa penyelesaian segera bagi menangani perubahan iklim dan cabaran mobiliti manusia ketika dunia memasuki ‘era migrasi iklim’.

Gesaan itu dibuat menjelang Sidang Kemuncak Iklim Afrika di Nairobi dari 4 hingga 6 September.

“Penyelesaian untuk menangani hubungan perubahan iklim dan mobiliti manusia pada skala kontinental adalah mendesak,” Agensi Anadolu memetik Ketua Pengarah IOM, Amy Pope dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sidang Kemuncak itu adalah perhimpunan terbesar ketua-ketua negara Afrika, menteri, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), rakan kongsi kemanusiaan dan pembangunan, sektor swasta dan belia.

“Negara-negara Afrika adalah antara yang paling terdedah kepada kesan perubahan iklim, mengalami kesan buruk daripada krisis iklim termasuk kemarau, banjir, suhu cuaca ekstrem, peningkatan paras laut,” katanya.

Lebih 7.5 juta pemindahan akibat bencana dalaman telah didaftarkan di benua itu pada 2022, menurut laporan Pusat Pemantauan Perpindahan Dalaman yang berpangkalan di Geneva.

Tanpa pelan tindakan iklim, dianggarkan kira-kira 105 juta orang dikhuatiri menjadi migran dalaman menjelang 2023 di Afrika sahaja, menurut laporan Bank Dunia 2021. — Bernama-Anadolu

Loading...
Terkini