comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Dua kapal kargo bertembung, kru kapal dilaporkan hilang

BERLIN: Dua kapal kargo bertembung berhampiran pulau Heligoland di Laut Utara Jerman, beberapa individu dilaporkan hilang, menurut pusat kecemasan maritim hari ini.

Dalam satu kenyataan, kapal Polesie dan Verity dikatakan bertembung pada kira-kira jam 5.00 pagi (waktu tempatan) pada kedudukan 12 batu nautika (22 kilometer) barat daya Heligoland yang berkemungkinan menyebabkan Verity tenggelam.

Salah seorang daripada mangsa kejadian itu dapat diselamatkan dan kini sedang menerima rawatan perubatan.

Manakala beberapa mangsa lagi masih hilang.

Operasi menyelamat itu turut membabitkan kapal penyelamat, bot polis, ‘sensor aircraft’, helikopter dan beberapa jenis kapal lain.

Kapal Polesie itu membawa 22 penumpang dan kini masih dibawa arus, menurut pihak berkuasa.

Difahamkan, kapal Verity dalam perjalanan dari Bremen ke bandar Inggeris Immingham manakala Polesie pula belayar dari Hamburg ke La Coruna di Sepanyol. – Agensi

Loading...
Terkini