Tumpuan :
Luar Negara

Dokumentari Netflix Harry & Meghan ‘makan diri’

FOTO: REUTERS

Hampir separuh daripada penduduk Britain berpendapat Putera Harry harus digugurkan gelaran dirajanya ekoran dari siri dokumentari Netflix menyingkap episod hubungan dengan pelakon Meghan Markle.

Menerusi undian yang dijalankan The Times, pasangan itu secara terbuka mendedahkan layanan buruk oleh media Britain selain turut melabel negara itu sebagai rasis.

Undian menunjukkan 44% responden berpendapat gelaran diraja Harry perlu digugurkan, sementara 32 peratus lagi mahu baginda kekal sebagai Duke of Sussex.

Sementara 23 peratus lagi membuatkan mereka memandang serong kepada pasangan itu dan 7 peratus lagi mencetuskan pendapat pelbagai persoalan terhadap pasangan itu.

Undian mendapati 1/3 responden merasakan siri dokumentari itu tidak mencetus apa-apa perbezaan ekoran mereka tidak mempunyai persepsi negatif terhadap Harry dan Meghan manakala 13% lagi memandang mereka dari sudut positif sebelum dokumentari itu disiarkan.

Menurut laman sesawang ulasan, Rotten Tomatoes, hanya 18 peratus penonton yang menyukai dokumentari enam jam itu.

Loading...
Terkini