comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Delhi larang kemasukan teksi negeri lain

NEW DELHI: Pihak berkuasa tempatan New Delhi mengumumkan, teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki bandar itu, susulan kualiti udara yang semakin buruk.

Menurut Menteri Alam Sekitar Delhi, Gopal Rai, Jabatan Pengangkutan telah diminta mengeluarkan arahan agar teksi dengan pendaftaran di luar Delhi dilarang memasuki ibu negara itu seperti perintah Mahkamah Agung.

Susulan itu, kerajaan Delhi juga akan membentangkan dua kajian di mahkamah mengenai keberkesanan skim mengehadkan bilangan kenderaan di jalan raya yang dikenali sebagai formula ‘ganjil-genap’.

Pelaksanaan hanya akan dibuat selepas institusi itu menyemak keberkesanan formula itu dan mengeluarkan perintah.

Pencemaran udara di Delhi berada pada tahap terburuk sejak minggu lalu, memaksa sekolah ditutup dan pelbagai acara sukan ditangguhkan.

|ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini