Tumpuan :
Luar Negara

Datuk saksi ahli keluarga ditembak zionis

FOTO REUTERS

GAZA: Israel semakin hilang akal tatkala anggota rejim itu dilihat membunuh rakyat Palestin sesuka hati.

Seorang datuk, Yousef Khalil berkongsi saat kesemua sembilan ahli keluarganya termasuk kanak-kanak dibunuh anggota zionis dengan kejam sewaktu mereka sedang nyenyak tidur malam tadi.

“Mereka ini adalah anak-anak dan cucu saya. Kenapa mereka tergamak menembak mereka di depan saya?”, kata Khalil.

Dia ketika itu yang sedang tidur dikejutkan dengan bunyi tembakan bertalu-talu dilepaskan oleh dua anggota tentera.

Khalil sempat bertanyakan kepada tentera zionis itu, apakah sebab ahli keluarganya ditembak, dan jawab mereka, “kami lakukan apa yang kami mahu dan kami mahu tembak mereka.”

Khalil memaklumkan dia dan keluarga menumpang berteduh di sekolah Shadia yang terletak dalam kem pelarian Jabalia awal Disember lalu.

Jabalia yang sudah sememangnya menjadi sasaran utama rejim.

Lebih menyedihkan, warga Jabalia sudah tidak mempunyai hala tuju apabila diarahkan berpindah keluar oleh Israel sejak Oktober.

Loading...
Terkini