AMERIKA SYARIKAT : Sekurang-kurangnya dua terbunuh termasuk remaja 15 tahun di Amerika Syarikat susulan cuaca buruk yang melanda 11 negeri.
Angin kencang sehingga lebih 110 kilometer sejam dicatatkan di kawasan tertentu di antara New York hingga ke Mississippi
Ia mengakibatkan gangguan besar perkhidmatan udara dengan lebih 8,000 penerbangan keluar dan masuk di Amerika Syarikat ditangguhkan.
Manakaka 1,600 lagi penerbangan terpaksa dibatalkan
Banjir turut dilporkan berlaku di Massachusetts mengakibatkan kerosakan harta benda penduduk
Colorado pula mencatatkan sekurang-kurangnya satu kejadian puting beliung
Kematian yang dilapor membabitkan lelaki berusia 28 tahun yang dipanah petir di Alabama semalam
Satu lagi kematian direkodkan di South Carolina dengan mangsa maut dihempap pokok ketika keluar dari kereta.