Tumpuan :
Luar Negara

China Lancar Modul Pertama Stesen Angkasa Lepas Baharu

China melancarkan modul pertama stesen angkasa lepas baharu sebagai perancangan Beijing dalam menempatkan kehadiran manusia di angkasa lepas secara kekal.

Stesen angkasa berkenaan dilancarkan dari Wenchang di Wilayah Hainan dengan roket Long-March 5B.

Stesen angkasa itu dijangka beroperasi pada 2022, selepas kira-kira 10 misi untuk mengumpul lebih banyak bahagian dan memasangnya di orbit.

Modul teras Tianhe menempatkan peralatan sokongan kehidupan dan tempat tinggal bagi angkasawan.

Stesen angkasa China dijangka berada di orbit rendah Bumi di antara 400 hingga 450 kilometer di atas Bumi selama 15 tahun.

Negara itu sudah bergerak jauh sejak satelit pertamanya dilancarkan pada tahun 1970.

Ia meletakkan ‘taikonaut’ China pertama di angkasa pada tahun 2003 dan menghantar kenderaan tinjauan ke orbit Marikh awal tahun ini.

China melancarkan Tiangong-1, modul prototaip pertamanya yang bertujuan meletakkan asas untuk stesen angkasa tetap pada September 2011. – AFP

Loading...
Terkini