comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Cacar Monyet Landa Amerika Utara & Eropah

Foto: AFP

KANADA: Cacar monyet melanda Amerika Utara dan Eropah sejak Mei lalu.

Virus yang jarang ditemui itu berpotensi memberi kesan serius, sekaligus mencetuskan kebimbangan terhadap penularan wabak endemic di beberapa bahagian Afrika.

Kanada melaporkan pihak berkuasanya kini sedang menyiasat beberapa kes yang disyaki cacar monyet.

Sementara itu Sepanyol dan Portugal sebelum ini mengesan lebih 40 kes disyaki atau disahkan cacar monyet.

Manakala Britain mengesahkan sembilan kes cacar monyet dikesan sejak 6 Mei dan Amerika Syarikat mengesahkan kes pertamanya kelmarin membabitkan seorang lelaki yang pulang dari Kanada.

Penyakit cacar monyet membawa maut, namun hanya dalam beberapa kes terpencil.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Selasa lalu berkata, ia telah menyelaras bersama pegawai kesihatan Britain dan Eropah bagi wabak terbaharu itu.

Agensi Keselamatan Kesihatan Britain (UKHSA) berkata cacar monyet boleh merebak dalam komuniti.–AFP

Loading...
Terkini