comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Bunuh 7 bayi, jururawat kejam dipenjara seumur hidup

Lucy Letby. – Foto: Agensi

LONDON: Seorang bekas jururawat di Britain, Lucy Letby dihukum penjara seumur hidup kerana membunuh tujuh bayi dan cuba membunuh enam yang lain di Hospital Chester antara Jun 2015 dan Jun 2016, Sputnik memetik laporan penyiar negara itu, Sky News.

Wanita berusia 33 tahun itu disabitkan kesalahan pada Jumaat lalu.

Laporan The Guardian yang memetik sumber sebagai berkata, polis bimbang Letby juga mungkin ‘mencederakan’ puluhan bayi lain.

Artikel berkaitan: Jururawat kejam bunuh tujuh bayi baru lahir

Menurut sumber lagi, penyiasat mengenal pasti 30 bayi  mengalami insiden ‘mencurigakan’ yang berlaku ketika Letby bertugas.

Polis juga sedang menganalisis rekod perubatan lebih daripada 4,000 bayi yang dilahirkan antara 2012 dan 2015 di Hospital Countess of Chester serta di Hospital Wanita Liverpool, tempat bekas jururawat terbabit bekerja.

The Telegraph melaporkan, memetik seorang sumber kerajaan, bahawa pihak berkuasa bertekad untuk memastikan Letby hadir di mahkamah untuk mendengar hukumannya dan berhadapan dengan mangsa-mangsa jenayahnya.

Letby sebelum ini memberitahu peguamnya bahawa dia tidak akan hadir ke mahkamah pada Isnin, untuk mendengar nasibnya.

Pihak juri diberitahu tertuduh meracuni beberapa bayi dengan menyuntik mangsa dengan insulin, manakala mangsa lain turut disuntik dengan udara atau susu disuap secara paksa.

“Saya sengaja membunuh mereka (bayi) kerana saya tidak cukup baik untuk menjaga mereka,” kata nota tulisan tangan yang ditemui oleh pegawai polis ketika menggeledah rumah suspek. – BERNAMA

Loading...
Terkini