IVORY COAST: Sebuah bangunan enam tingkat runtuh ketika dalam pembinaan, di pusat komersial Abidjan.
Kejadian menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh pekerja binaan maut
Menurut saksi, runtuhan berlaku pada tengah hari dan sebelum kejadian, pekerja mendengar bunyi retak sebelum bangunan itu mula runtuh.
Usaha menyelamat masih dijalankan di tapak binaan melalui timbunan besar konkrit dan serpihan runtuhan.
Menurut pihak berkuasa, sembilan orang lagi cedera dalam runtuhan itu.
Kemalangan di tapak binaan kerap berlaku di negara berkenaan, terutamanya ketika musim hujan.
Selain itu, penguatkuasaan yang lemah dan penggunaan bahan binaan tidak berkualiti, turut menjadi punca kejadian. – REUTERS