Tumpuan :
Luar Negara

AS & Jepun meterai perjanjian kerjasama angkasa lepas 

FOTO: AFP

WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Jepun menandatangani perjanjian untuk memperluas lagi kerjasama dalam bidang angkasa lepas

Majlis menandatangani perjanjian yang diadakan di ibu pejabat NASA di Washington itu dihadiri Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi, Setiausaha Negara AS Antony Blinken dan pentadbir agensi angkasa lepas Bill Nelson.

FOTO: AFP

Kishida berkata kerjasama dalam bidang itu melangkah ke era baharu dan banyak projek berterusan yang sedang diusahakan bersama oleh angkasawan Jepun dan Amerika.

Blinken berkata: “Perjanjian itu akan menguatkan perkongsian kami dalam bidang seperti penyelidikan tentang angkasa, teknologi dan pengangkutan, misi permukaan bulan robotik dan misi berkaitan iklim serta impian bersama untuk melihat angkasawan Jepun berada di bulan.”

Sementara itu, menurut Hayashi perjanjian berkenaan memainkan peranan yang penting memandangkan bidang angkasa lepas semakin berkembang.  – BERNAMA

Loading...
Terkini