GAZA: Angka korban rakyat Palestin terus meningkat kepada lebih 20,000 orang tatkala kekejaman Israel masih berlanjutan sehingga kini.
Angka maut sebenar bagaimanapun lebih daripada itu apabila ribuan mayat dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan dan masih belum ditemui.
Selain itu, lebih 52,000 dilaporkan cedera dalam serangan berterusan Israel dengan ia menyasarkan hospital, kediaman dan sekolah.
Sementara itu di kem pelarian Jabalia, dilaporkan 46 rakyat Palestin turut terkorban.
Serangan udara yang dilancar sebelum itu memusnahkan bangunan Persatuan Amal Al Salam
Puluhan cedera dan ada yang terperangkap di bawah runtuhan.
Terbaru, rejim zionis turut melancarkan serangan ke kem pelarian Tulkarem selepas menceroboh pekan Atil di wilayah Tebing Barat.