UTTAR PRADESH, India: Banjir buruk yang melanda utara india meragut 18 nyawa.
Hujan lebat daripada monsun yang berlanjutan mengakibatkan limpahan air sungai ke penempatan penduduk.
Shravasti antara daerah teruk dilanda banjir menyaksikan 114 perkampungan terjejas dengan 48 daripadanya terputus hubungan.
Pasukan penyelamat terpaksa bertungkus lumus membantu dan menyelamatkan penduduk.
Banjir juga telah merosakan tanam-tanaman dan mengakibatkan kerugian serta kenaikan harga makanan.
Ia sekali gus menjurus kepada tindakan kerajaan india menambah larangan eksport ke atas komoditi makanan. – REUTERS