Tumpuan :
Luar Negara

Angka kematian runtuhan salji Tibet meningkat kepada 28

Foto: AP

BEIJING: Angka kematian runtuhan salji yang mengakibatkan puluhan kenderaan tertimbus di lebuh raya Tibet meningkat kepada 28 orang.

Media kerajaan China sebelum ini melaporkan runtuhan salji berlaku petang Selasa lalu di pintu keluar terowong di lebuh raya tenggara Tibet, mengakibatkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan mereka.

Nyingchi terletak pada ketinggian hampir 10,000 kaki (3,048 meter), kira-kira lima jam pemanduan dari ibu kota Lhasa, di sepanjang lebuh raya yang dibuka pada 2018.

Runtuhan salji kerap berlaku di Banjaran Himalaya, di mana terletaknya gunung tertinggi di dunia.

Oktober lalu, sekurang-kurangnya 26 orang peserta ekspedisi mendaki gunung maut selepas terperangkap dalam runtuhan salji di Gunung Draupadi ka Danda-II di negeri Uttarakhand di utara India. – AP

Loading...
Terkini