
WASHINGTON: Amazon, gergasi e-dagang Amerika Syarikat (AS) akan memberhentikan lebih 17,000 pekerja, menurut satu laporan pada Rabu.
Agensi Anadolu memetik Wall Street Journal melaporkan, langkah pemberhentian itu tertumpu kepada petugas korporat syarikat.
Pada November lalu, syarikat berpangkalan di Seattle itu mengumumkan pemberhentian tenaga kerja korporatnya yang tertumpu kepada perniagaan peranti, pengambilan pekerja dan operasi runcit.
Sehingga September, syarikat itu menggaji 1.5 juta pekerja dengan peratusan besar bekerja di gudang.