comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Amaran tahap merah di lebih 100 penempatan di utara Perancis

FOTO: Reuters

PAS-DE-CALAIS: Amaran tahap merah dikeluarkan di lebih 100 penempatan di wilayah utara Perancis susulan hujan lebat.

Keadaan juga memaksa penduduk berpindah setelah penempatan mereka ditenggelami air.

Pas-de-Calais antara yang teruk terjejas menyaksikan kira-kira 200 sekolah terpaksa ditutup.

FOTO: Reuters

Penduduk juga terpaksa menanggung kerugian selepas binatang ternakan dan tanam-tanaman mereka musnah.

Bagi meringankan beban penduduk, Pasukan Palang Merah membuka tempat perlindungan sementara bagi mereka yang terjejas.

Penduduk juga digesa agar sentiasa berwaspada susulan ramalan hujan lebat awal minggu depan. – REUTERS

Loading...
Terkini