comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Alec Baldwin bertengkar dengan penunjuk perasaan pro Palestin 

FOTO AGENSI

NEW YORK: Demonstrasi pro-Palestin yang berlangsung di sini Isnin lalu, turut menyaksikan ‘pertikaman lidah’ yang membabitkan pelakon Alec Baldwin dengan penunjuk perasaan.

Menuurt laporan portal NBCNews.com kejadian itu menyebakan polis terpaksa campur tangan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca yang menyebabkan pelakon itu berada di perhimpunan anjuran Within Our Lifetime.

Demonstrasi awam itu sebagai bantahan terhadap serangan rejim zionis di Gaza, dan diadakan di hab transit utama termasuk Stesen Penn dan Stesen Grand Central.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan pelakon berusia 65 tahun itu bertengkar dengan tiga orang penunjuk perasaan di lokasi kejadian.

Baldwin juga kelihatan menolak salah seorang penunjuk perasaan.

Namun keadaan itu tidak dibiarkan berlarutan oleh pihak polis yang segera mengepung Baldwin dan mengiringinya jauh dari tempat orang ramai.–AGENSI

Loading...
Terkini