comscore
Tumpuan :
Luar Negara

Abai larangan main bunga api, jerebu New Delhi terus membimbangkan

FOTO: Reuters

NEW DELHI: Terus bergelut dengan masalah pencemaran udara, ekoran sikap orang ramai yang tidak mengendahkan peraturan bermain bunga api ketika sambutan Deepavali.

Perkara itu disuarakan Menteri Alam Sekitar New Delhi, Gopal Rai.

Tahap pencemaran udara meningkat ke paras berbahaya di ibu kota India itu, dengan asap tebal menyelubungi beberapa bandar.

Antara terjejas termasuk Faridabad, Gurugram, Ghaziabad dan Noida.

Indeks Kualiti Udara kini menunjukkan peningkatan bahan bertoksik dalam tempoh 24 jam.

Agensi kawalan pencemaran baru-baru ini mengumumkan larangan menyeluruh terhadap pembuatan, penyimpanan atau penjualan mercun di seluruh bandar sehingga 1 Januari 2024.

Mahkamah Agung India juga telah mengenakan sekatan terhadap mercun namun arahan itu tidak dipatuhi.

Tahap pencemaran udara meningkat setiap kali musim sejuk di wilayah di New Delhi kerana suhu lebih sejuk memerangkap bahan bertoksik.

Kegiatan industri, asap daripada berjuta-juta kenderaan, debu akibat aktiviti pembinaan, pembakaran sisa pertanian di negeri jiran dan pengurusan sisa perbandaran yang lemah turut menyumbang kepada krisis alam sekitar.

Kerajaan tempatan baru-baru ini juga mengenakan larangan ke atas trak diesel daripada memasuki New Delhi.

Sekolah juga ditutup sehingga 18 November berikutan keadaan jerebu yang kian meruncing.

Loading...
Terkini