Tumpuan :
Luar Negara

9 negara panggil pulang duta dari Israel

 

CHAD : Sejumlah 9 negara mengambil tindakan memanggil duta mereka pulang dari Israel sebagi tindak balas kedegilan dan kebiadapan rejim Zionis yang terus menerus menyerang wilayah Gaza.

Afrika Selatan dan Republik Chad negara terbaharu mengambil tindakan itu selepas Bahrain dan Bolivia yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.

Sementara itu, Presiden Iran Ibrahim Raisi dan Perdana Menteri India Narendra Modi mengambil pendekatan untuk berbincang langkah yang perlu dalam usaha gencatan senjata di Gaza.

Setiausaha Amerika Syarikat, Antony Blinken dalam pada itu tiba di Jepun hari ini bagi menghadiri mesyuarat dua hari Menteri Luar G7 untuk mencari kata sepakat membabitkan isu Gaza.

Beliau yang tiba dari Turkiye terdahulu dipetik berkata, Amerika Syarikat sedang berusaha keras bagi membantu penduduk yang terperangkap di Gaza.

Namun, kata-kata itu jelas tidak selari dengan Pentadbiran Presiden Joe Biden yang dilaporkan sedang merancang memindahkan bom bernilai AS$320 juta ke Israel.

Loading...
Terkini