ZARIA: Tujuh maut selepas sebuah masjid dipenuhi jemaah tiba-tiba runtuh di Kaduna, Nigeria.
Menurut jurucakap Perbandaran Zaria Emirates, ketika kejadian ratusan jemaah sedang menunaikan solat Zohor di masjid utama bandar itu.
Empat mayat ditemui sejurus selepas insiden, manakala tiga lagi mayat dijumpai dan dibawa keluar oelh pasukan penyelamat hasil operasi pencarian di bawah runtuhan.
Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana khuatir masih lagi terdapat mangsa ditimpa sisa runtuhan.
Siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian kini giat dijalankan.
Insiden bangunan runtuh sering berlaku di negara rantau Afrika.
Ia ekoran polisi dan peraturan yang longgar terhadap aspek keselamatan, selain kualiti bahan binaan yang diguna tidak mencapai piawaian sewajarnya.