comscore
Tumpuan :
Luar Negara

51 lagi maut akibat pengeboman di Kem Maghazi

GAZA CITY: Seramai 51 rakyat Palestin, terutamanya wanita dan kanak-kanak terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam pengeboman Israel ke atas Kem Maghazi di Gaza pada malam Sabtu.

Demikian menurut laporan Agensi Berita Palestin, WAFA.

Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qidra, berkata tanpa memberikan angka yang tepat, memaklumkan sejumlah besar rakyat terbunuh.

Ashraf juga menambah, ramai yang parah dan dirawat di wad kecemasan hospital.

Maghazi terletak di Kegubernuran Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza.

Sementara itu Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan seramai 15 orang turut terbunuh apabila sebuah ambulans dilanggar di luar hospital Al-Shifa yang terbesar di Gaza City.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini