comscore
Tumpuan :
Luar Negara

37 maut minum arak beracun

FOTO: ARY NEWS

INDIA: Sekurang-kurangnya 37 maut di Bihar selepas kesemua mereka dilaporkan mengalami keracunan minuman keras.

Laporan tidak rasmi bagaimanapun mengesyaki jumlah sebenar angka maut menjangkau sehingga 60 orang.

Negeri yang terletak di timur India ini merupakan salah satu lokasi yang mengharamkan penjualan dan pengambilan minuman keras.

Pelaksanaan ini sekaligus menyebabkan penjualan minuman keras yang mempunyai bahan terlarang dalam pasaran gelap berleluasa.

Situasi ini mengakibatkan kematian ratusan nyawa setiap tahun.

Baru-baru ini mangsa dilaporkan minum arak beracun di beberapa majlis, antara kenduri kahwin dan acara keraian lain.

Mangsa kemudian mengalami sakit perut, hilang penglihatan dan muntah-muntah.

Tidak lama kemudian, 20 disahkan maut manakala puluhan lagi berada dalam keadaan kritikal.

Polis telah menahan lebih seratus individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengilangan dan penjualan minuman keras secara haram, selain 600 liter arak turut dirampas.

Loading...
Terkini