comscore
Tumpuan :
Luar Negara

3 ditangkap, pelihara 58 buaya tepi rumah

Foto menunjukkan buaya itu diternak di kurungan yang diperbuat daripada batu yang disimen serta kayu di tepi rumah penduduk. – Foto: Agensi

JAKARTA: Penduduk di Kampung Terusan Laut, Daerah Sirah Pulau Padang, Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan, lega apabila tempat penternakan buaya secara haram di kampung mereka, akhirnya diserbu polis.

Portal detik,com melaporkan, dalam serbuan itu, 58 buaya muara atau buaya katak, ditemukan di tiga tempat.

Satu foto menunjukkan buaya itu diternak di kurungan yang diperbuat daripada batu yang disimen serta kayu.

Lokasinya berhampiran tingkap yang dipercayai di tepi rumah penduduk.

Tiga suspek disyaki pemilik turut ditahan dalam serbuan itu yang dilaksanakan polis selepas mendapat aduan penduduk.

Jurucakap Polis Daerah Sumatera Selatan Putu Yudha Prawira berkata, penduduk melaporkan lokasi penternakan buaya secara haram itu kerana khuatir ia terlepas dan boleh membahayakan manusia.

“Kami mengunjungi tiga lokasi bersama pegawai dari Balai Besar Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sumatera Selatan.

“Dari tiga lokasi ini, kami menemukan 58 buaya muara. Buaya itu kami serahkan kepada BKSDA Sumatera Selatan,” kata Putu pada Khamis.

Selain itu katanya, polis turut menahan tiga penduduk tempatan dikenal pasti Amrun, 73, Sukarni, 48, dan Supratman, 43.

Sementara itu, seorang daripada suspek, Sukarni mendakwa buaya muara yang mereka pelihara adalah amanah seseorang bernama Budiman atau mereka biasanya memanggil lelaki itu sebagai ‘Bos’.

Sukarni mendakwa bahawa Budiman pada mulanya mengamanahkan 50 reptilia itu untuk dipelihara.

“Kemudian pada 2015, Budiman mengambil 39 buaya dan selepas itu mengambil 11 buaya lagi, pada masa berbeza. Tetapi tidak lama kemudian, Budiman meninggal dunia,” katanya.

Namun selepas kematian Budiman, Sukarni berkata, ketiga-tiga orang yang diamanahkan Budiman termasuk dirinya tetap terus menjaga buaya berkenaan sehingga ia membesar dan membiak.

Polis masih menyiasat sama ada buaya itu diternak untuk dijual.

Namun, ketika ini, buaya muara itu dipercayai bernilai 5,000 rupiah (kira-kira RM1.50 sen) untuk setiap sentimeter panjang badannya.

Loading...
Terkini