BERLIN: Polis Jerman menahan 25 anggota dan penyokong kumpulan sayap kanan sebuah pertubuhan yang didakwa cuba melakukan rampasan kuasa.
Mereka didakwa sedang merancang untuk mencetuskan keganasan dengan menyerang parlimen negara itu.
Lebih 3,000 pegawai polis dan pasukan keselamatan dikerah dalam operasi serbuan merentasi 11 wilayah Jerman.
Serbuan itu menyasarkan dakwaan anggota pergerakan “Citizens of the Reich” yang tidak mengiktiraf Jerman zaman moden sebagai negara yang sah.
Mereka menumpukan kepada empayar Jerman di bawah pemerintahan beraja dengan menjadikan bekas ahli keluarga diraja Heinrich ke-13 sebagai pemimpin.
Pejabat pendakwa berkata Heinrich, yang menggunakan gelaran putera, menghubungi wakil Rusia, yang dilihat kumpulan itu sebagai hubungan utamanya untuk menubuhkan kerajaan baharunya.
Kremlin bagaimanapun menafikan penglibatan rusia dalam rancangan rampasan kuasa terbabit. – REUTERS