MAKHACHKALA: 25 orang maut dalam satu letupan di stesen minyak yang terletak di wilayah Dagestan, Rusia.
Menurut Reuters, kejadian terbabit yang dipercayai berlaku di Makhachkala turut mencederakan 66 yang lain.
Beberapa letupan susulan turut dilaporkan dan menyemarakkan kebakaran di lokasi kejadian.
Insiden letupan dan kebakaran terbabit turut tular di laman sosial tempatan.
Setakat ini, punca sebenar letupan di stesen minyak berkenaan belum diketahui.