Tumpuan :
Luar Negara

21 maut dalam insiden bot karam di India

Foto hiasan. – FOTO: Reuters

INDIA : Sekurang-kurangnya 21 terbunuh selepas sebuah bot karam dipercayai akibat lebihan muatan di daerah Tanur, Kerala

10 individu sedang dirawat di hospital dengan 7 daripadanya berada dalam keadaan kritikal

Ketika kejadian bot berkenaan membawa kira-kira 40 individu dengan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak yang sedang dalam cuti sekolah.

Operasi menyelamat giat dijalankan pasukan kecemasan dan turut disertai oleh anggota sukarelawan.

Menurut pihak berkuasa, lebih ramai mangsa dipercayai terperangkap di dalam bot berkenaan

Susulan kejadian itu, Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan membatalkan programnya dan bakal turun ke lokasi kejadian.

Insiden turut mendapat perhatian Perdana Menteri  Narendra Modi yang mengumumkan bantuan lebih RM10,000 kepada waris mangsa. REUTERS / INDIA TODAY

Loading...
Terkini