AMERIKA SYARIKAT: Dua terbunuh dan 28 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang di Maryland, Amerika Syarikat.
Tembakan berlaku sejurus selepas tengah malam ketika penganjuran pesta ‘Brooklyn Day’ yang dihadiri ratusan hadirin.
Menurut polis, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dan lelaki berusia 20 tahun disahkan maut.
Tiga mangsa lagi dilapor kritikal.
Seorang saksi memberitahu media tempatan bahawa mereka mendengar 20 hingga 30 das tembakan dilepaskan suspek
Sembilan orang dibawa dari tempat kejadian ke hospital tempatan, manakala 20 lagi menerima rawatan biasa.
Setakat ini , tiada tangkapan dilakukan polis.
Bagaimanapun, polis kini giat mencari sekurang-kurangnya dua suspek terlibat dalam kejadian itu.