XINJIANG: Satu gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Aksu, Wilayah Autonomi Uighur, China.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, CENC, gempa yang berkedalaman 50 kilometer itu berlaku jam 7.49 pagi tadi waktu tempatan.
Tidak lama selepas itu, satu lagi gempa bumi dikesan berlaku berhampiran Aral, Xinjiang.
Menurut Pusat Kajian Geosains Jerman, GFZ, gempa terbabit berukuran 5.9 magnitud dan berkedalaman hanya 10 kilometer. – BERNAMA