NEW YORK: Perhimpunan Agung PBB pada Isnin menerima pakai resolusi untuk menetapkan 18 November setiap tahun sebagai Hari Sedunia bagi pencegahan dan pemulihan daripada eksploitasi seksual kanak-kanak, penderaan dan keganasan.
Resolusi itu menjemput semua negara-negara anggota, organisasi berkaitan PBB dan badan antarabangsa lain, pemimpin dunia, agamawan, masyarakat sivil, serta pihak berkepentingan yang berkaitan untuk memperingati Hari Sedunia setiap tahun dengan cara masing-masing yang dianggap sesuai, lapor Xinhua.
Ia menggalakkan kesedaran awam tentang mereka yang terjejas akibat penderaan seksual kanak-kanak dan keperluan mencegah dan menghapuskan eksploitasi, penderaan dan keganasan seksual kanak-kanak, termasuk keperluan meminta penjenayah bertanggungjawab; memastikan mangsa mendapat akses kepada keadilan dan remedi; memudahkan perbincangan terbuka tentang keperluan untuk mencegah dan menghapuskan stigma, menggalakkan penyembuhan, membela maruah dan melindungi hak mereka. – BERNAMA