Tumpuan :
Luar Negara

16 maut akibat kebocoran gas dekat Johannesburg

FOTO: Reuters

AFRIKA SELATAN : 16 penduduk maut dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah penempatan haram di timur bandar Johannesburg

Mangsa yang maut termasuk bayi berusia 12 bulan dan kanak-kanak berusia 6 tahun

Dua lagi mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan segera

Pihak berkuasa tempatan mengesahkan siasatan kes dijalankan pihak berwajib di lokasi bagi mengenal pasti jenis gas yang menyebabkan kematian mangsa.

FOTO: Reuters

Terdahulu media tempatan, SABC melaporkan, jumlah kematian 24 orang

Juga terdapat dakwaan insiden berpunca daripada kebocoran gas melibatkan aktiviti pelombongan haram di kawasan ini

Peningkatan aktiviti pelombongan haram di Afrika Selatan antaranya disumbangkan oleh kadar pengangguran yang tinggi . – REUTERS / THE GUARDIAN

Loading...
Terkini