SYRIA : Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, 16 lagi cedera dalam serangan udara rejim Israel di Damsyik.
Bedilan itu dilancarkan dari tanah jajahan Israel, di Golan Height.
Ia menyasarkan kediaman penduduk di daerah Mazzeh dan Qudssaya.
Angka korban dijangka akan terus meningkat sementara kerja-kerja menyelamat dijalankan.
Dalam pada itu, kenyataan rejim mendedahkan serangan menyasarkan Pusat Operasi Pergerakan Islam Palestin.
Kumpulan itu dalam maklum balasnya mengesahkan beberapa ahlinya terbunuh dalam serangan terbabit.
Israel telah melancarkan serangan ke atas kumpulan yang mempunyai kaitan dengan Iran di Syria sejak beberapa tahun lalu.
Namun, serangan telah diperhebatkan sejak 7 Oktober tahun lalu. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.