Tumpuan :
Luar Negara

14 cedera dirempuh, ditikam

FOTO: Reuters

SEOUL: Seorang pemandu kereta merempuh orang awam, sebelum keluar daripada kenderaan dan menikam mangsa di sebuah pusat beli-belah di Seoul, Korea Selatan.

Bagaimanapun, motif sebenar serangan yang mengakibatkan 14 cedera itu belum diketahui.

Insiden berlaku beberapa hari selepas serangan tikaman di negara itu yang meragut satu nyawa dan mencederakan tiga yang lain.

Polis dalam pada itu mengesahkan penahanan suspek.

Media tempatan melaporkan, suspek seorang lelaki berusia 20-an yang juga penghantar barang, mengalami masalah kesihatan mental.

FOTO: Reuters

Menurut polis dan bomba, sembilan mangsa cedera ditikam, manakala bakinya dilanggar dengan dua kini kritikal.

Sebelum ini, sebuah agensi berita melaporkan, seorang telah meninggal dunia, namun dinafikan polis.

Susulan kejadian, Pesuruhjaya Polis Daerah memberi amaran agar orang ramai sentiasa waspada dengan sebarang serangan sedemikian.

Anggota penguat kuasa yang ditempatkan di lokasi awam juga ditambah.

Loading...
Terkini