Tumpuan :
Kes

Panggil Bomba Potong Empat Cincin Pesakit

Anggota bomba memotong cincin di jari pesakit menggunakan peralatan khas di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). -Foto JBPM

ALOR SETAR: Pasukan bomba terpaksa dipanggil untuk memotong cincin di empat jari tangan kiri seorang pesakit di wad Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.49 tengah hari.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar kemudian dihantar ke lokasi untuk bantuan.

“Setibanya di lokasi, seorang lelaki berusia 48 tahun menahan kesakitan apabila terdapat empat bentuk cincin pada jari tangan kiri yang dipakainya tidak boleh ditanggalkan.

“Anggota bomba kemudian memotong kesemua cincin itu menggunakan peralatan khas sehingga selesai,” katanya memaklumkan operasi tamat pada 2.15 petang. -HARIAN METRO

Loading...
Terkini