comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Tiga nyaris maut kereta terjunam dalam kolam takungan banjir

FOTO: Bomba

KUALA LUMPUR: Tiga sekeluarga berdepan detik cemas apabila kereta dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam kolam takungan banjir berhampiran bulatan Mergastua Taman Pusat Kepong di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira kira jam 12.40 tengah hari .

Menurut Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan 11, Rossli Abu Hassan, satu jentera dengan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang ke lokasi dan mendapati seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hanya mengalami luka kecil.

Anggota bomba membantu mengeluarkan tiga beranak selepas kereta dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam takungan banjir akibat kemalangan. – FOTO: Bomba

“Terdapat tiga mangsa warga asing dalam kenderaan berkenaan terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita dewasa serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.

“Lelaki dan wanita dewasa yang juga pasangan suami isteri tidak mengalami sebarang kecederaan namun anak mereka mengalami luka-luka kecil,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kanak-kanak terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur  dengan menggunakan ambulans KKM.

Loading...
Terkini