Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Penumpang dan pemandu cedera ringan, bas ekspres terbalik

 

BUTTERWORTH: Seramai 15 penumpang sebuah bas ekspres mengalami detik cemas apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 5.5 Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth awal pagi tadi.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Faisol Zainudin, berkata semua mangsa termasuk pemandu bas itu hanya cedera ringan dalam kemalangan jam 4.20 pagi ini.

Foto: Bomba

“Sebaik pihak bomba tiba di lokasi kejadian kami mendapati sebuah bas ekspres telah terbabas dan terbalik di tepi jalan dan kami berjaya mengeluarkan 16 mangsa termasuk pemandu bas yang berada dalam kenderaan terbabit.

“Semua mangsa terdiri daripada enam lelaki dan 10 wanita hanya cedera ringan dan telah diberi rawatan awal oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi, sebelum semua mereka dibawa Hospital Seberang Jaya untuk rawatan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, hari ini. – BERNAMA

Loading...
Terkini