comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Pemandu ditahan langgar imam

PONTIAN: Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes langgar lari imam Surau Kampung Parit Haji Yusof, di Benut, Pontian, ketika mangsa pulang berjalan kaki selepas solat sunat Aidilfitri pagi semalam.

Suspek yang memandu sebuah pacuan empat roda dipercayai memandu dalam keadaan laju di kawasan kampung, hingga tidak perasan pejalan kaki di tepi jalan.

Visual kemalangan itu yang dirakam kamera papan pemuka kenderaan saksi kejadian, turut dikongsi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menerusi akaun twitternya.

Katanya, mangsa Zulkifli Abdul Ajis, 39 tahun mengalami kecederaan dan sukar untuk ingat apa yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan tentang kejadian pada jam 1.43 tengah hari semalam.

Kejadian berlaku pada jam 10-05 pagi, di Jalan Parit Haji Yusof.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila suspek dari arah rumah rakannya membelok ke kiri simpang dan terus memandu, serta mendakwa tidak nampak kenderaannya telah melanggar seorang pejalan kaki.

Mangsa yang cedera dibawa ke klinik merlong sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini