comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Padah lawan arus, penunggang motosikal maut kemalangan

Foto hiasan

JERANTUT: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Kilometer 19, Jalan Jerantut-Maran, dekat Bukit Rang, Pulau Tawar, kira-kira pada jam 8.00 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, berkata kejadian itu membabitkan empat buah kereta.

Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa penunggang motosikal yang maut dalam perjalanan menuju ke kebunnya.

“Penunggang motosikal mengubah arah ke lorong sebelah kanan dan bergerak melawan arus, lalu bertembung dengan kereta.

“Penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala manakala mangsa lain tidak cedera,” katanya hari ini.

Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini