KUANTAN: Seorang lelaki berusia 21 tahun dikhuatiri lemas selepas mandi bersama rakan-rakannya di Pantai Teluk Cempedak, di sini, kira-kira jak 3 petang tadi.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 3.04 petang.
“Susulan itu, tujuh anggota termasuk seorang pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.
“Ketika tiba di lokasi didapati benar berlaku kejadian seorang pengunjung telah hilang dikhuatiri lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya di pantai pelancongan itu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, pasukan JBPM telah membuat operasi pencarian di sekitar kawasan itu namun mangsa belum ditemui setakat ini.