comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Lelaki cedera bas dirempuh treler


HULU SELANGOR: Seorang lelaki cedera selepas bas ekspres dinaiki bersama tujuh penumpang lain melanggar belakang sebuah treler di Kilometer 417.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Hala Selatan, sebelum susur keluar Bukit Tagar.

Menurut laporan awal, kemalangan membabitkan bas ekspres dipandu lelaki berusia 40-an dipercayai melanggar belakang sebuah treler.
Seorang penumpang berusia 60-an cedera ringan di muka.

Nahas turut babitkan tiga lelaki, seorang wanita, seorang kanak-kanak lelaki, dua kanak-kanak perempuan dan seorang bayi.

Semua mangsa termasuk pemandu dan pembantunya, dibawa ke Hospital Sungai Buloh dengan tiga ambulans.

Loading...
Terkini