![](https://media.buletintv3.my/2022/10/TERBABAS-PARIT.jpg)
TELUK INTAN: Wanita maut manakala seorang lelaki cedera selepas kereta Proton Persona dinaiki hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit di Jalan Chui Cak-Langkap di sini, malam ini.
Wanita berusia 29 tahun itu maut di lokasi kejadian, manakala lelaki berusia 22 tahun mengalami kecederaan.
Jurucakap dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 9.04 malam.
“Sebaik tiba, didapati sebuah kereta Proton Persona hilang kawalan dan terbabas ke dalam parit dan terdapat dua mangsa terbabit.
“Anggota bomba kemudian menaikkan mangsa lelaki menggunakan tali dan ‘spine board’ sebelum diserahkan kepada pihak kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
“Sementara, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis, “katanya
Menurutnya, operasi tamat sepenuhnya pada 10 malam. – HARIAN METRO