comscore
Tumpuan :
Kemalangan

Dua maut kereta terbabas

MARANG: Dua maut manakala 2 lagi parah dalam kemalangan di KM54 Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berdekatan Kampung Jambu Bongkok Marang, jam 2.20 petang tadi.

Mangsa, Muhammad Rafizan Rozlan, 23 tahun, seorang pekerja pelantar minyak dan sepupunya Nursyazwani Shamsudin Satin, 17 tahun, seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris, mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, kereta Honda Civic yang dipandu Muhammad Sahrul Shamsudin Satin dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Paka, Dungun.

Setibanya di lokasi kejadian, kereta berkenaan hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum melanggar lampu jalan.

Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk tindakan selanjutnya.

Loading...
Terkini