comscore
Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Bas ekspres terbabas, 30 penumpang terselamat

 

RAWANG: Dua individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas bas ekspres dinaiki mereka bersama 28 penumpang lain terbabas dan terbalik berhampiran Plaza Tol Rawang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, jam 1.46 pagi.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan 10 anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.

FOTO : NSTP

Sebaik tiba, pihaknya dimaklumkan terdapat kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres yang membawa 30 penumpang terbabas dan terbalik di tepi lebuh raya iaitu kira-kira 500 meter dari plaza tol berkenaan.

Pemeriksaan mendapati bas itu membawa 16 lelaki, 12 wanita dan dua kanak-kanak perempuan ketika kejadian.

FOTO : NSTP

Kemalangan itu menyebabkan seorang wanita warga emas warga Thailand berusia 65 tahun cedera di kepala, manakala seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia cedera bahagian kaki kanan.

Punca sebenar kejadian masih disiasat.

Loading...
Terkini